Trip ke Melaka – Melaka semakin wow!

Bulan lepas saya sempat pergi ke beberapa kawasan atas urusan kerja. Tempat pertama yang saya pergi adalah Melaka Bandaraya Bersejarah.

Kagum sungguhlah saya dengan negeri Melaka ni. Walaupun negerinya lebih kecil dari negeri kelahiran saya (Johor) tapi tarikan yang ada di sini cukup padu.

Antara perubahan paling besar yang saya lihat pada negeri Melaka adalah perubahan corak laulintas dan trafiknya.

Kita semua tahu Melaka ni selain dari tarikan kawasan bersejarahnya, ia juga terkenal dengan kecekapan lalulintas.

Datanglah berapa ramai pelancong sekalipun, lalulintas trafiknya sangat ohsem. Kenderaan tetap berjalan walaupun perlahan… taklah sangkut begitu je tanpa sebab.

Tempat yang mempunyai tarikan pula semakin banyak… sampai saya sendiri pun tak terpergi. Untuk makanan pula, biasalah… asam pedas akan tetap menjadi priority.

Asam Pedas dengan Melaka sangat sinonim. Beza antara asam pedas yang ada di Melaka ini sudah tentulah RASANYA.

Tiada yang sedap.. dan tiada yang tak sedap. Sebab ada masanya bila asam pedas tu tak sedap pada tekak kita, sedap pula di tekak orang lain. Ada ketikanya pulak asam pedas tu mendapat kecaman di mulut orang lain, tapi sedap pulak di mulut kita.

Cuma satu yang pasti harga sangat berbeza di sesetengah tempat. Saya sendiri membuat kajian dengan isteri saya. Tapi saya takkan reveal kedai mana yang saya pergi, sebab taknak menimbulkan apa-apa tanggapan.

Cukupulah sekadar saya bandingkan harga dari segi lokasi. Hari pertama kami sampai, kami menikmati asam pedas di salah sebuah kedai yang berpengkalan sekitar Klebang – Pantai Putri. Menu yang kami ambil adalah:

– 2 pinggan nasi putih
– 1 mangkuk asam pedas telur ikan mayung
– 1 mangkuk asam pedas daging tetel
– sayur goreng
– sayur rebung masak lemak cili api
– ulam dan sambal belacan
– air nescafe ais
– air teh ais

Jumlah harga hidangan di atas ini adalah RM48 ringgit.

Keesokan harinya, kami berdua singgah di salah sebuah medan selera di kawasan Melekek dan kebetulan hidangan yang sama ada disediakan. Tapi harganya RM22.00 sahaja!!

Macam tak percaya… tapi itulah beza harga yang kita boleh dapat bila berbeza lokasi. Antara harga di bandar Melaka dan di Alor Gajah, memang Alor Gajah akan lebih murah harganya.

Sedikit review dari saya… asam pedas tetel yang di kawasan Melekek tu lebih sedap dari asam pedas tetel di kawasan Klebang. Tetapi rebung masak lemak cili api di kedai kawasan Klebang tu lebih sedap dari yang di Melekek.

So next time saya ke Melaka, saya dah tau nak makan rebung masak lemak cili api di mana.. hehe memang sedap sangat, sampai bertambah saya makan.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *