Pentingnya Nama Kedai dan SignBoard Perniagaan

Dulu sekitar tahun 2003 – 2006 saya juga pernah berniaga makanan. Saya dan emak saya menyewa kedai abang ipar saya di Kampung Melayu Majidi untuk bersama memperkenalkan menu kampung iaitu Asam Pedas. Rakan-rakan sekolah rendah dan sekolah menengah serta rakan kerja mesti tahu kedai makan saya tu.

Waktu itu tiada satu pun kedai makan di Kg Melayu yang berani mempertaruh nama asam pedas sebagai MENU UTAMA. Kalau ada pun kedai makan yang menjual lauk pauk nasi putih, kedai tu terdiri dari kedai Nasi Padang dan Nasi Minang.

Sebab utama ialah, itu adalah lauk biasa yang dimasak di rumah. So tak perlu jual asam pedas tu pun takpe sebab semua orang di situ boleh masak asam pedas sendiri di rumah.

Tapi saya berpandangan sebalikny selepas saya pulang dari Langkawi.

Saya perhatikan sepanjang perjalanan saya dari JB merentasi pelbagai negeri sehingga ke Langkawi, tiada satu pun asam pedas yang boleh saya “layan” sepenuh hati.

Bila tiba giliran saya, saya terus menamakan kedai tu sebagai Teratak Asam Pedas (di daftar dalam SSM). Niat saya waktu tu hanyalah untuk membawa resipi air tangan mak saya ke peringkat yang lebih tinggi… sebab saya rasa resipi asam pedas mak saya patut diberikan peluang untuk dirasa oleh orang lain.

Alhamdulillah… selama beberapa tahun berniaga kedai kami akhirnya dikenali ramai. Rata-rata mereka yang datang singgah ke kedai kami tu adalah penggemar “ikan sembilang”.

Ikan Sembilang ni adalah punca saya selalu dimarah oleh customer bila ianya habis. Selain dari tu ada juga ikan-ikan lain yang dimasak asam pedas seperti ikan kaci, ikan kapas, ikan cermin, ikan cencaru, ikan kerisi, ikan tenggiri, ikan pari dan macam-macam lagi. Cuma Ikan Sembilang is the top menu.

Tapi bukan itu yang sana nak ceritakan di sini. Yang saya nak ceritakan sebenarnya adalah bagaimana saya boleh mendapat customer dengan begitu cepat pada minggu pertama pembukaan kedai… dan ianya KEKAL maintain begitu sahaja.

Sebelum saya buat keputusan untuk berniaga di situ, saya terlebih dahulu membuat perkiraan dan sedikit survey arah mana customer akan nampak kedai saya. Kemudian disebabkan dengan modal yang ciput, saya cuba membuat signboard dengan menggunakan kain putih.

Ya, saya membeli kain putih (kain sapra) dan saya cat pada kain tu dengan nama “Lapar?? Asam Pedas dan Lemak Cili Api!!”… dan saya gantung/ikat kain rentang tu di depan kedai.

Dan ternyata kain rentang tu telah mempopularkan perniagaan saya. Boleh katakan 9/10 dari mereka yang singgah, disebabkan nampak soalan “Laparr???” itu.

Mereka kata tak pernah lagi jumpa kain rentang yang boleh “sound direct” terus ke dalam hati macam yang saya ini. Ianya agak unik dan menarik hati.

Ternyata signboard… nama kedai… kain rentang atau apa jua bentuk “penjenamaan” sangat penting dalam menaikkan rasa “nak tahu” bakal customer.

Pada saya pula, apa-apa signboard yang mewakili nama kedai (sekalipun menggunakan kain rentang/bunting) merupakan MARUAH PERNIAGAAN kita.

Apabila kedai makan kita tiada nama.. maka wujudlah keraguan dan rasa sangsi untuk customer sampaikan dari mulut ke mulut.

Jadi kepada peniaga kedai makan di luar sana, jangan TERLALU KEDEKUT untuk menyiapkan satu signboard yang mewakili nama kedai. Tak kisahlah nak buat sendiri ataupun tempah pada syarikat pengiklanan.. itu terpulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *