Zaman dulu kalau berniaga kedai makan, kita hanya bergantung dan berharap pada masyarakat komuniti setempat sahaja untuk membuat jualan. Bermakna mereka yang duduk di sekitar kedai makan kita itu adalah target market kita.
Berbanding dengan zaman sosial media sekarang ini, semua maklumat di hujung jari sahaja. Semua info dan semua keperluan maklumat boleh dicari walaupun kita sedang baring di rumah.
Kedai makan kita boleh menerima ramai customer disebabkan ianya VIRAL. Viral merupakan satu unsur kejutan yang mampu membuat jualan semua pengusaha kedai akan melonjak dalam masa satu hari.
Malaysia sememangnya sebuah negara syurga makanan. Ada pelbagai lauk pauk dan menu juadah hidangan yang kita sendiri tak mampu nak layan.
Cuba terangkan, negara mana di dunia ini yang mempunyai kepelbagaian juadah dalam satu negara?
Negara Malaysia ni ada makanan tradisional Melayu, makanan Cina, makanan India… makanan barat… makanan latin… makanan Afrika… makanan Korea… makanan Jepun… makanan timur tengah dan macam-macam lagi tanpa perlu ke luar negara, semuanya boleh dirasai di Malaysia.
Ditambah lagi sengan adanya sosial media.. semua info yang kadang kita tak cari pun, akan lalu di wall phone kita.
Tetapi dalam pada banyaknya info mengenai kedai makan yang jenis makanan yang dijual di merata tempat, tak kurang juga banyak kisah dan isu kedai makan yang terpaksa ditutup dek kerana tidak mampu bersaing dengan kedai makan yang lain.
Agaknya mengapa boleh terjadi macam tu?