Saya Dan Dunia Blogging

Blogging merupakan passion saya sejak dulu lagi. Sejak tahun 2007, saya menyara hidup dengan berblogging. Bermakna semua pendapatan saya datang dari platform blog-blog yang saya ada. Pernah dalam suatu masa saya mempunyai lebih dari 20 blog.

Pada waktu itu, saya seorang “lone ranger” dalam dunia blogging. Saya berblogging dengan cara saya sendiri dan saya juga menyediakan servis blogging untuk client-client saya. Sampailah satu masa, saya di panggil dan dijemput oleh saudara Wanmus dari UTM Skudai untuk memberikan “talk” mengenai blog.

Kemudian hari demi hari, saya mula mendapat pembaca setia blog saya sendiri. Setiap hari mereka akan datang dan baca pengalaman bagaimana saya menyara kehidupan hanya dari blog yang ada.

Lama-kelamaan semakin ramai yang ingin belajar cara untuk menjana pendapatan dari blog sehingga membuatkan saya menganjurkan beberapa sesi seminar blogging di UTM.

Kemuncak kepada aktiviti berblogging saya adalah ketika di temubual oleh akhbar Kosmo pada 16jb Jun 2010. Saya sentiasa percaya bahawa blog mampu membawa impak pada perniagaan kerana ianya merupakan LIDAH RASMI dari perniagaan kita.

Bukan menafikan kebaikan sosial media, tetapi dari segi “rasmi” blog lebih kuat impaknya dari info yang berlegar di sosial media itu sendiri.

Sosial media memang bagus, tapi ada kalanya terlalu banyak fitnah dan juga info yang tidak rasmi disebarkan tanpa kawalan.

Dengan adanya blog, kita sebagai pengusaha kedai makan boleh menyebarkan maklumat perniagan kita dengan LEBIH TERATUR dan LEBIH PROFESIONAL. Kerana kita bukan berniaga untuk jangka masa yang pendek, kita beriniaga untuk jangka masa yang panjang.

Disebabkan alasan yang sama juga inilah saya memberikan servis blogging kepada semua network OhLapar iaitu pengusaha kedai makan yang bersaftar di bawah OhLapar secara PERCUMA PADA SETIAP MINGGU supaya setiap kedai makan dapat kongsikan sesuatu yang bermanfaat ke dalam blog masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *